Smart ICT dan Multimedia

6 Januari 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Smart ICT dan Multimedia ini berlangsung pada hari sabtu, iaitu 5 Januari 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Stungkor Baru. Kelas ini di hadiri 11 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kampung Stungkor Baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Kelas yang diajar adalah merangkumi asas penggunaan internet sebagai pendedahan awal memandangkan internet adalah antara jaringan komunikasi global yang terbuka dan meluas yang turut menghubungkan jutaan komuniti di seluruh negara. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengajar para peserta melakukan pencarian maklumat yang dikehendaki secara betul dan beretika ketika melayari internet.

Manakala pembelajaran Multimedia adalah sesi pembelajaran mengenai media yang di dalamnya terdapat pelbagai kombinasi bentuk elemen informasi yang seperti teks, graphics, video, animasi sebagai pendukung untuk menyampaikan informasi. Secara langsungnya, multimedia dapat membangkitkan motivasi dan minat belajar dalam kalangan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali